Skip to main content
MPU23012 - PENGAJIAN ISLAM


PENSYARAH:

 PUAN WAHIDAH BINTI MAT SAID


KUMPULAN 1:

1. NUR DALILA HUSNA BT DASUKI    (02DSK20F2044)

2. NUR AINUL MARDHIAH BINTI KAMALUDIN    (02DSK20F2046)

3. AMALIA BATRISYIA BT NABARUDDIN    (02DSK20F2048)

4. NURIN NAJWA BT MOHD NAZIR    (02DSK20F2029)

5. NUR ALEEYA SUHAILA BT MD ARIS    (02DSK20F2011)

6. NUR FATIHAH BT S SHAMSUDIN    (02DSK20F2009)



ISI KANDUNGAN

1. PENGENALAN

2. SITUASI ISLAMOFOBIA DI NEGARA BUKAN ISLAM

3. PANDANGAN SERONG MASYARAKAT
    NON-MUSLIM TERHADAP MUSLIM DI MALAYSIA

4. PUNCA ISLAM DIANGGAP AGAMA KEGANASAN

5. KESIMPULAN

6. LAMPIRAN

7. RUJUKAN



PENGENALAN

Islamofobia adalah istilah kontroversi yang merujuk kepada prasangka dan diskriminasi pada Islam dan MuslimIstilah itu sendiri sudah digunakan pada tahun 1980-an tetapi menjadi popular selepas serangan 11 September 2001Pada tahun 1997, Badan Amanah Runnymede mentakrifkan Islamofobia sebagai "rasa takut dan benci terhadap Islam lalu membawa kepada takut dan tidak suka kepada orang Islam," juga menyatakan ia juga merujuk kepada amalan mendiskriminasikan orang Islam dengan mengasingkan mereka dari kegiatan ekonomi, sosial dan kehidupan masyarakat. Islamofobia juga termasuk persepsi bahawa Islam mempunyai nilai yang tidak sama dengan budaya lain, lebih rendah dari nilai barat dan mempunyai ideologi politik yang ganas daripada (dikenali) sebagai satu agama. 

Islamophobia sering dikaitkan dengan pandangan seperti berikut, Islam adalah sebuah agama yang mempromosikan keganasan dan agresif, Islam adalah agama yang barbarik, seksis dan tidak bertamadun, Islam membenci Barat, Islam memecah belah masyarakat dan negara, Islam bersifat menjajah dan mengambil peluang pekerjaan dan menghabiskan duit pembayar cukai, Islam menyebabkan pertembungan tamadun dan Islam juga adalah ideologi politik.



SITUASI AGAMA ISLAMOFOBIA DI 
NEGARA-NEGARA BUKAN ISLAM

Sebuah laporan yang telah diterbitkan oleh Political, Economic and Social Research (SETA) mendapati gerakan fobia terhadap Islam ini semakin menyusup ke dalam gerakan politik, media, politik jalanan dan bidang perniagaan di 25 negara Eropah. Tidak dibantu lagi dengan masalah yang timbul akibat pengasingan anak-anak muda Muslim Eropah yang lahir di negara-negara Eropah, namun dipinggirkan atas dasar agama.

Berikut adalah kesimpulan yang diperolehi hasil dari kajian SETA itu terhadap beberapa negara Eropah.


FINLAND & NORWAY


Di Finland, komuniti Muslim di sana menghadapi tentangan selepas pelan pembinaan sebuah masjid di Helsinki diprotes kerana dianggap akan menyebarkan gerakan radikal serta menyebarkan pencemaran bunyi, pencemaran kebersihan serta sentimen kacau bilau. Sentimen anti Islam yang dikeluarkan oleh ahli politik Finland juga tidak dibanteras, selain daripada blog dan portal berita internet yang menyebarkan Islamophobic dibiarkan berleluasa.



Parti sayap kanan Norway mendesak rakyat Norway untuk bangkit menentang Islam dan Muslim. Tunjuk perasaan di Oslo kerap diadakan bagi membantah hak Muslim di Norway anjuran badan-badan tertentu. Berlaku satu kes di mana seorang penunjuk perasaan secara terang-terangan menghina seorang wartawan berdarah Pakistan-Norway dengan mengatakan "aku di sini untuk menunjukkan bantahan pada orang tak guna seperti engkau orang Muslim. Pelarian jahanam."


CROATIA & HUNGARY

Menurut laporan, sentimen Islamophobia semakin meningkat di Croatia selepas insiden pembunuhan seorang warga Croatia bernama Tomislav Salopek oleh pejuang DAESH di Mesir. Parti-parti politik di Croatia mula memainkan sentimen anti Islam serta mengkritik kemasukan pelarian Muslim ke negara mereka, yang mengganggu tradisi, budaya dan corak hidup masyarakat mereka.

Ahli politik Patriotic Coalition, Ladislav Ilcic menyatakan walaupun hak kanak-kanak pelarian yang lahir di Coratia sama, namun mereka tidak sama dengan kanak kanak berketurunan Eropah. Kenyataan itu mendapat sokongan beberapa orang pemimpin lain serta media.



Sementara itu di Hungary yang mempunyai sejarah yang positif tentang Islam, Perdana Menteri Hungary, Viktor Orban menyifatkan kemasukan pelarian ke Hungary sebagai satu ancaman pada masyarakat mereka. Orban mengatakan pengalaman Hungary yang pernah diperintah kerajaan Ottoman selama 150 tahun, membuatkan masyarakat Hungary tidak lagi mahu hidup bersama-sama. dengan orang Muslim.


PERANCIS & JERMAN

Perancis yang mempunyai populasi masyarakat Muslim paling besar di Eropah mengalami kenaikan mendadak sentimen anti Muslim, tidak dibantu dengan serangan ke atas Charlie Hebdo dan Saint Denisoleh pengganas. Imam serta masjid diserbu puak anti Muslim dengan dasar kerajaan mula melakukan pengasingan agama daripada tempat awam.

Diskriminasi terhadap wanita Muslim melalui pengharaman pemakaian tudung serta persepsi negatif di tempat kerja menyulitkan lagi situasi orang Muslim di Perancis. Sehingga 2015, 63 kali serangan telah berlaku pada masjid-masjid di Perancis, dengan 7 kes cubaan membakar dan 4 kes telah dilaporkan menyebabkan kemusnahan teruk.



Di Jerman pula, masyarakat di sana mendapat dorongan daripada gerakan Patriotic Europeans Against the Islamization of the West atau PEGIDA yang membantah sekeras-kerasnya kemasukan pendatang Muslim ke Jerman. Berjaya mengumpulkan hampir 25,000 penunjuk perasaan setiap kali perhimpunan, PEGIDA banyak mengapikan sentimen anti Islam di Jerman.

Pihak sekolah di Jerman juga diberikan kebenaran untuk memilih sama ada mahu atau tidak mengambil wanita Muslim bertudung bekerja dan memutuskan sendiri sama ada individu Muslim itu dikelaskan sebagai satu bentuk ancaman atau bukan kepada organisasi mereka.


UNITED KINGDOM

Sentimen anti Islam semakin kuat kedengaran selepas kemenangan parti Konservatif pada tahun 2015. Gerakan anti Islam di UK didokong kuat oleh The Henry Jackson Society (HJS) yang kerap membawa agenda pro Israel serta menganjurkan aktiviti-aktiviti bersifat anti Islam.

Sentimen itu juga merebak pada sektor perniagaan. Statistik menunjukkan wanita Muslim yang memakai tudung sukar mendapat peluang pekerjaan atau akan dihina di tempat kerja, dengan kadar peratusan 65% tidak akan diambil kerja berbanding wanita beragama Kristian. Bagi lelaki pula, peluang untuk lelaki Muslim mendapatkan peluang pekerjaan adalah 34% berbanding lelaki beragama Kristian yang mempunyai umur dan kelayakan yang sama.



PANDANGAN SERONG MASYARAKAT
    NON-MUSLIM TERHADAP MUSLIM DI MALAYSIA

Terdapat pelbagai punca masyarakat non-Muslim memandang serong terhadap muslim di Malaysia. Antaranya ialah:

a) Sikap etnosentrisme (ethnocentrism) 

Salah satunya ialah apabila masyarakat Malaysia secara keseluruhannya kebanyakannya mengamalkan sikap etnosentrisme (ethnocentrism). Menurut kamus dewan edisi keempat, etnosentrisme bermaksud pandangan atau sikap yang mempercayai bahawa golongan atau kebudayaan etnik sendiri lebih unggul daripada golongan atau kebudayaan etnik lain. Di dalam Abdul Rauf el at (2012) menyebutkan laporan surat khabar The Star yang menyatakan bahawa hanya 52% golongan remaja Malaysia mempunyai kenalan atau rakan yang berlainan etnik. Hal ini akhirnya akan menyebabkan sikap etnosentrisme semakin menjadi dalam kalangan etnik tertentu. Sikap ini akan membuatkan suatu golongan kurang menghargai serta tidak cuba untuk memahami akan budaya lain. Selain itu, kajian lain juga dinyatakan bahawa di internet, masyarakat Malaysia hanya suka berinteraksi sesama etnik atau bangsa sendiri daripada bangsa lain. Sikap etnosentrisme ini kemudiannya akan melemahkan motivasi seseorang untuk berinteraksi dengan kelompok etnik lain. Sehinggakan Chandra Muzaffar di dalam Abdul Rauf el at (2012) menyebut bahawa masyarakat Malaysia ini lebih tepat disebut sebagai masyarakat etnosentrisme daripada disebut sebagai rasis. Bahayanya sikap etnosentrisme ini akan memupuk kepada masalah perkauman (communalism) yang negatif sehinggakan berkelakuan cauvinis.


b) Tanggapan buruk terhadap imej Islam

Masyarakat non-Muslim bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia melihat akan perpecahan yang berlaku dalam kalangan umat Islam. Hal ini berlaku adalah kerana negara Islam sendiri telah berpecah kepada kumpulan-kumpulan tertentu. Akibat daripada perpecahan ini, banyak masalah tidak dapat diselesaikan. Walaupun Islam sangat mengambil berat kepada perpaduan, tetapi masyarakat Islam terus berpecah dan menjadi lemah. Diantara sebab umat Islam berpecah ialah kerana lahirnya pelbagai parti politik dan pertubuhan dakwah dan sifat ketaksuban terhadap pemimpin. Hal ini menyebabkan, proses dakwah menghadapi masalah kerana sesuatu kumpulan tidak akan senang untuk menerima buah fikiran dari bukan kumpulannya (Aziz Jamaludin, 2011). Peristiwa sebegini akhirnya menyebabkan masyarakat non-Muslim menjauhkan diri dengan masyarakat Islam. Selain itu, imej bangsa Melayu di mata masyarakat bukan Islam juga kurang baik. Masyarakat Melayu sering disifatkan sebagai pemalas, mengamalkan rasuah, gila kuasa dan tidak pandai berdikari (Khairul Azhar, 2013).


c) Masyarakat non-Muslim terpengaruh dengan agenda Barat 

Kita dapat lihat bagaimana pihak Barat menggunakan media bagi mengecam orang Islam dan negara-negara Islam dengan pelbagai istilah. Mereka menggambarkan Islam sebagai penghalang kepada kemajuan dan kerana itulah masyarakat Islam dilihat sebagai ortodoks, fundamental dan konservatif. Istilah-istilah tersebut kemudiannya menjadi lebih keras dan kasar sehingga menampakkan setiap tindakan yang diambil oleh orang Islam sebagai menakutkan. Manakala, di atas dasar perasaan takut, mereka kemudian mencipta pula persepsi Islamofobia dan mengaitkannya dengan keganasan, pembunuhan, rampasan kuasa dan lain-lain tindakan jenayah. Sehinggakan, mereka membentuk persepsi bahawa pakaian yang digunakan sebahagian masyarakat Islam sebagai amat menakutkan atau ditafsirkan mempunyai kaitan dengan penjenayah. Oleh yang demikian, ikon Islam sudah dilihat sebagai suatu perkara yang salah dan bertentangan dengan kebebasan manusia. Selain itu, menara masjid juga dilihat sebagai faktor yang mendorong kepada keganasan. Perspektif yang salah ini semakin berkembang dalam masyarakat Barat sehinggakan terdapat negara yang berusaha untuk menggubal undang-undang mereka bagi melarang apa sahaja unsur yang berkaitan dengan Islam (Aziz Jamaludin, 2011). 

Tambahan pula, terdapat penerbitan beberapa filem berunsur Islamofobia seperti filem ‘Innocence of Muslim’ arahan Sam Becille yang secara jelas menghina Islam dan Rasulullah s.a.w. serta menunjukkan salah faham terhadap agama Islam itu sendiri (Azizan Baharuddin el at, 2014). Filem-filem lain seperti ‘Taken’ dan ‘Escape Plan: Hades’ pula menggambarkan imej orang Islam yang membawa watak yang jahat. Menurut Azizan Baharuddin el at (2014), Perkara seperti ini terjadi berikutan dengan beberapa insiden keganasan yang berlaku di dunia seperti peristiwa 11 September 2001 di New York sebagai pencetus kepada fenomena Islamofobia. Pada hari tersebut, kira-kira 2,996 nyawa telah terkorban. Selain itu, peristiwa pengeboman di Madrid pada 11 Mac 2004 melibatkan kematian 191 orang juga pengeboman di London pada 7 Julai 2005 yang meragut 52 nyawa oleh pengganas yang disyaki Muslim. Peristiwa-peristiwa seperti ini akhirnya menyebabkan umat Islam dikaitkan dengan keganasan (terrorisme).



PUNCA AGAMA ISLAM DIANGGAP AGAMA KEGANASAN

Antara punca utama mengapa Islamofobia berkembang di Barat adalah berkaitan dengan Media. Barat yang menguasai hampir 70% industri media dunia menjadi kunci dalam penyebaran pelbagai jenis maklumat.
Rata-rata media Barat akan meletakkan tajuk yang sensasi seperti Terroris Muslim, ISIS, Pengganas Muslim, Anti-Kristian, Barbarik dan lain-lain sebagai tajuk utama bagi mana-mana insiden yang dilakukan oleh ektremism Islam.
Ada kalanya, tajuk seperti ini mendahului fakta, akhirnya apabila perkara sebenar tersebar maka nada ceritanya akan berubah tanpa penyesalan atau sebarang bentuk permohonan maaf. Tetapi, jika sesuatu perbuatan itu dilakukan oleh orang Barat, tajuknya akan lebih sederhana dan simpatik seperti seorang Evangelikal, Budak Gereja, Lelaki Naif, Melalui Zaman Remaja Sukar dan lain-lain tajuk yang bersikap melindungi si pelaku.
Perbincangan dan liputan bagi insiden yang dilakukan oleh Muslim lebih menjurus kepada mangsa dan digambarkan kesedihan, kemurungan serta kehilangan yang besar kepada keluarga mangsa, akan tetapi jika si pelaku adalah warga Barat, tidak akan ada liputan tentang mangsa, malah apa yang difokuskan adalah latar belakang baik si pelaku dan betapa rosaknya sistem hingga beliau terpedaya dan tertipu serta ditonjolkan juga berpunca daripada Muslim itu sendiri yang bersikap terroris.
Faktor kedua mengapa Islamofobia subur di Barat adalah berkaitan dengan kenyataan pemimpin dan dasar negara yang menyokong ideologi anti-imigran dan Ketuanan Kulit Putih. Pemerintahan Trump sebagai Presiden Amerika sejak Januari 2017, memperlihatkan peningkatan kadar kebencian kepada Muslim di Barat.
Manifesto xenophobia atau anti imigran dan dasar Trump untuk menyekat kemasukan imigran dan perjalanan Muslim dari negara-negara seperti Iran, Libya, Syria, Somalia dan Yemen dengan jelas diterima oleh sebahagian besar penduduk Amerika. Ini jelas memperlihatkan bagaimana ideologi ‘righ-wing extremismts’ diterima dan dipraktikkan di Barat. Malah kenyataan-kenyataan kebencian yang disebut beliau menular ke nagara-negara Eropah lainnya.
Seterusnya, tidak dapat dinafikan bahawa kelemahan undang-undang Barat berkaitan pemilikan senjata-api dan lain-lain senjata tajam juga turut menyumbang kepada isu ini. Kerana mudahnya memiliki senjata dan bersifat ‘sah’ serta boleh diberikan lesen walaupun sehingga kepada pemilikan senjata semi-automatik, maka perasaan berani untuk menggangu umat Islam wujud dengan jelas.
Malah ditambah lagi dengan tiadanya hukuman mati dalam sistem perundangan Barat juga sedikit sebanyak memberi impak kepada Islamofobia. Kes seperti Andrei Breivick yang membunuh 77 orang di Sweeden, Alxandre Bissonette membunuh 6 orang di Quebec, Marc Lepine membunuh 14 orang di Motreal, Mohammed Merah membunuh 7 orang di Tolouse dan yang terkini Breton Tarrant yang membunuh 50 orang di Christchurch, semua mereka ini paling tinggi hukumannya adalah penjara seumur hidup tanpa parol.
Sedikit sebanyak sistem perundangan sebegini menjadikan mereka yang terlibat tidak rasa perbuatan mereka akan dibalas dengan nyawa.
Seperkara lagi, Islamofobia juga ada kaitan dengan hak asasi manusia yang diperjuangan oleh Barat. Siri-siri perhimpunan dan demonstrasi anti imigran, anti Islam, anti LGBT, anti wanita, anti kapitalis, anti kulit hitam, anti demokrasi dan pelbagai gerakan bersifat ekstrem syap-kanan ini dibenarkan di Barat.
Hak mereka untuk berhimpun, kebebasan bersuara, kebebasan menyatakan pandangan, kebebasan menyertai mana-mana kumpulan walaupun bergerak secara radikal, kesemua ini terpelihara di negara Barat.
Keadaan ini juga sebenarnya telah menyuburkan sentimen Islamofobia apabila perhimpunan sebegini diberikan publisiti dan dimuatnaik di media-media sosial dan media rasmi negara Barat. Malah debat secara terbuka juga dibenarkan walaupun isunya berkaitan kebencian agama dan Ketuanan Kulit Putih.
Faktor keempat adalah berkaitan dengan ketidak fahaman mejoriti masyarakat Barat tentang Islam. Mereka mempunyai maklumat yang sangat cetek tentang Islam malah sentiasa disogokkan dengan perkara yang tidak tepat tentang Islam. Ini menjadikan mereka mempunyai persepsi yang tidak benar tentang Islam, pada pandangan mereka, Islam adalah agama yang ganas, barbarik, tidak bertamadun, menganiaya wanita, tidak toleran dan pelbagai persepri negatif lainnya.
Malah sebahagian mereka hanya mengenali Islam melalui media yang bersikap berat sebelah dan mempromosikan agenda anti Islam. Malah setiap Muslim yang ke masjid juga dianggap melakukan ritual keganasan dan menyebarkan elemen keganasan.
Faktor kelima dan keenam ini adalah faktor penarik atau faktor dalaman dan kelemahan Muslim itu sendiri, tidak dapat dinafikan sama sekali bahawasanya sikap inklusif sebahagian Muslim di Barat menjadi punca pengembangan Islamofobia. Umat Islam yang berhijrah ke Barat ada yang bersikap tidak toleran, sangat inklusif dan menolak asimilasi. Mereka lebih senang bergerak dan bersosial dalam kelompok mereka sendiri, malah ada yang menolak untuk menerima idea Barat walaupun ianya baik.
Selain itu, sikap sebahagian mereka yang ekstrem dalam memahami dan mengamalkan Islam juga menjadi faktor yang menyuburkan Islamofobia. Ada juga sesetengah pemimpin pertubuhan Islam dan imam masjid mempromosikan keganasan tanpa mereka sedari kerana pemahaman tentang Islam yang amat berbeza.
Kehidupan di dunia Barat mestilah mengambil kira semua perkara kerana mereka adalah sebahagian daripada negara Barat itu sendiri. Harus diingat, Barat yang sanggup menerima imigran Muslim, menggunakan duit pembayar cukai dan berkongsi kekayaan negara dengan imigran dan Muslim lainnya adalah merupakan sebuah hakikat yang harus diterima.
Walau bagaimanapun, didapati Islam sebenarnya semakin berkembang di Barat walaupun dihimpit dengan isu Islamofobia. Semakin Islam ditekan, kelihatannya syiar Islam semakin berkembang.
Peratusan masyarakat Barat yang ingin tahu tentang Islam semakin meningkat apabila kejadian keganasan berlaku sama ada dilakukan oleh pihak Barat mahupun umat Islam itu sendiri. Ini merupakan impak positif dari Islamofobia.
KESIMPULAN
Islamofobia bukanlah fenomena baru di alaf ini. Islamofobia telah lama berlaku sejak zaman awal perkembangan Islam di mana pada waktu itu Islam dipandang sebagai sesuatu ajaran yang asing bagi penduduk Mekah. Fakta ini disokong oleh sepotong hadis Rasullulah Sallallahualaihiwasallam diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud:
“Islam bermula sebagai (sesuatu yang) asing dan akan kembali menjadi (sesuatu yang) asing seperti awalnya. Maka berbahagialah orang-orang yang asing itu”. (Sahih Muslim, Hadis 145, Bab Iman)
 Hadis ini secara jelas membuktikan bahawa Islam juga akan digambarkan dengan pelbagai perkara yang negatif sepertimana ianya terjadi ketika awal dakwah Rasulullah. Persepsi melihat Islam sebagai ajaran yang asing dan tidak sesuai dengan budaya, hak asasi manusia dan nilai-nilai murni adalah perkara yang telah dijangkakan oleh Rasulullah. Hadis ini memberikan tanggungjawab kepada umat Islam untuk berusaha memperbetulkan persepsi ini dan seterusnya meletakkan Islam itu di tempat yang sepatutnya serta difahami oleh masyarakat.
Berdasarkan kepada manifestasi dan implikasi Islamofobia kepada kehidupan, mental, fizikal dan sosio ekonomi umat Islam, usaha-usaha ke arah menangani isu ini perlu digembleng secara berhikmah dan berterusan. Inisiatif bersepadu melalui kerjasama di setiap peringkat menerusi jaringan kerja yang mantap akan dapat memastikan usaha mengatasi Islamofobia dapat dicapai. Segala gerakan, usaha, inisiatif dan program ini merupakan salah satu cabang jihad demi menegakkan Islam di muka bumi ini. Bagi memastikan setiap usaha dakwah ini mencapai matlamatnya, istiqamah, iltizam dan itqan merupakan konsep yang sewajarnya dijadikan teras utama.
LAMPIRAN






RUJUKAN
  • https://ms.wikipedia.org/wiki/Islamofobia
  • https://iluminasi.com/bm/memahami-masalah-islamophobia-di-eropah.html
  • http://conference.kuis.edu.my/irsyad/images/eproceeding/2018/1085-irsyad-2018.pdf
  • https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ancaman-islamofobia-di-barat-202582
  • https://zulkiflihasan.files.wordpress.com/2008/05/memahami-isu-islamophobia1.pdf

Comments